Tuesday, April 19, 2011

Gunting turut main peranan


Hari ini pula ialah isu gunting yang kita gunakan untuk memotong fabrik. Usah pandang remeh kerana gunting yang tumpul boleh menyebabkan fabrik yang dipotong bergerigi, silap2 boleh lari dari ukuran asalnya..

Cikgu yang mengajar saya dulu bagitau, ada 2 pantang yang kita perlu jaga untuk gunting :

1. Jangan gunakan gunting kain untuk gunting kertas atau apa2 sahaja melainkan fabrik sahaja,kalau tak gerenti cepat tumpul

2. Janganlah biarkan gunting kita selalu jatuh-pun boleh menyebabkan gunting cepat tumpul

Jadi kedua-dua di atas memang saya ikut, dan alhamdulillah sampai sekarang gunting masih tajam & elok..Gunting fabrik (sebelah kiri) saya beli di kedai Sykt Bunga Riben, harganya dalam RM40 x silap tapi sangat puas hati sebab gunting nie rasa berat~best pegang :) & kalau nak menggunting fabrik-fabrik yang tebal pun memang xde masalah..smooth jer..

Lagi satu, untuk pengetahuan semua gunting utk left handed pun ada tapi x pasti kat mane kwn-kwn kita yang left-handed nie beli gunting mereka.Kalau ada sesiapa yang tahu, bolehla berkongsi di sini ya..

p/s mood arini : rasa malas nak menjahit sbb excited sok nk balik kg :)