Friday, June 3, 2011

Tutorial keruk leher


Hari ni dah hampir seminggu anak-anak kita bercuti sekolah.Tinggal lagi seminggu utk kita menghabiskan cuti mereka dengan perkara-perkara berfaedah.Untuk minggu ni InsyaAllah kami akan ke Kuantan menghadiri perkahwinan PakCu..Nati akan update diblog :)

Okla, untuk kali nie saya nak tunjukkan tutorial membuat 'mall' leher..Gambar di bwh nie adalah koleksi 'mall' leher dari saiz kecil sampaila besar yang saya telah buat menggunakan kain gam keras yang dilipat dua (bahagian gam bertemu bahagian gam) supaya lebih keras & senang kita gunakan semasa membuat bahagian leher nanti..
Sori sangat-sangat gambar nie tak tegak..Asalkan boleh difahamikan okla kan :)
Nie cara yang saya gunakan untuk membuat keruk leher

0 - 1   naikkan 1/2 '' (bahagian belakang leher)
0 - 2   1/6 leher (maknanya kalau cth leher 15'' bahagi 6 = 2 1/2
2 - 3   turunkan 1 ''
4 - 5   = 0 - 1
6 - 7   = 2 - 3
1 - 4 & 3 -7 = 1/6 leher
Akhir sekali buatkan bentuk seperti separuh bulan macam gambar di atas

Dah siap pun..kalau utk latihan buat dulu di atas kertas biasa, bila rasa dah cantik kita bentukkan keruk leher tu barulah buat koleksi 'mall' leher.. Selamat mencuba XXXX