Sunday, May 19, 2013

Anda Mahu Jadi Jutawan

Anda mahu jadi jutawan??

Disebabkan hari ini cuti,maka sempatla jugak sekejap membuka buku Nota Jutawan Nota Perniagaan tulisan saudara Ifran Khairi, buku nie dah lame saya beli tapi suka ulang-ulang membaca tulisan beliau,motivasi katanya :)

Dalam buku ni ditulis berkenaan golongan jutawan yang terdiri dari 5 kelompok (sumber dari Brian Tracy International)
...
1) 74% adalah pemilik perniagaan
2) 10% adalah golongan eksekutif senior yang memanjat tangga korporat
3) 10% ialah golongan profesional seperti doktor,peguam dll
4) 5% ialah jurujual berkomisen @ konsultan jualan
5) 1% ialah golongan-golongan lain.

Ini bermakna amat cerah peluang menjadi seorang jutawan melalui perniagaan. Rasulullah s.a.w bukan setakat meletakkan 74% malah 90% punca rezeki daripada perniagaan.

Sekadar berkongsi informasi. Betul buat bisnes boleh jadi jutawan tapi bisnes nie bukan petik jari je terus berjaya,terus laku brg yg kita jual..Banyak pengorbanan serta usaha yang perlu dibuat & dikeluarkan sebelum nak berjaya. Cer dengar cerita orang berjaya ade ke terus success,macam2 cabaran yg ditempuh baru berjaya kan..

Yang penting kena cari ilmu..Ya ilmu berniaga dan itulah sedang saya usahakan kini sbb orang kita sangat kurang ilmu berniaga.Nak bisnes semua nak bisnes tapi main buat je xde mentor,xde ilmu..Memang abis ke laut la semuanya!

Saya juga masih bertatih dlm dunia peniagaan ini. Doakan saya untuk terus kuat di sini & saya doakan anda semua terus sucess dalam apa jua bidang yang anda lakukan..Cayok2!

Ila
Tudung Shop The Orchid

Untuk pertanyaan produk : text/whatsapp 010-436 3234