Tuesday, August 2, 2011

Kain berkaki..

Untuk raya kali nie banyak jugak tempahan yang customer bagi kain ela berkaki..Cuma nak bagi nasihat peribadi sayalah kat kengkawan di sini..Kain-kain pasang berkaki nie memangla cantik sbb bunga dia biasanya akan menegak,so secara automatiknya anda akan kelihatan selim melim kan..

Tetapi mungkin akan mengundang risiko kepada mereka yang berbadan besar sekiranya anda memilih kain berkaki.Bukan tak boleh yang berkaki tetapi mereka-mereka yang mempunyai saiz badan yang sedikit gempal sila elakkan membeli kain pasang/kain ela yang berkaki sekiranya :-
-kain tu dah siap2 potong 4 meter
-kain tu di potong 2 meter baju & 2 meter kain
(sekadar pandangan peribadi shj melalui pemerhatian sendiri)

kalau nak jugak beli kain berkaki belilah kain yang dipotong pada kayu, jadi kita bolehla mintak 4m++ @ 2.5 meter baju & 2.5 meter kain..Janganla sesekali beli kain yang dah siap dipotong dlm paket tu sbb sayang beli kain cantik2, mahal2 tapi last2 x cukup kain..kalo nk beli juga yang paket tu boleh tapi janganla amik corak yang berkaki, beli corak bunga2 yang berterabur,InsyaAllah tailor boleh adjust (kes by kes jgkla) tapi kalo kain berkaki memang biasnya kain x cukup dik oii..