Showing posts with label Story of the day. Show all posts
Showing posts with label Story of the day. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

Anda Mahu Jadi Jutawan

Anda mahu jadi jutawan??

Disebabkan hari ini cuti,maka sempatla jugak sekejap membuka buku Nota Jutawan Nota Perniagaan tulisan saudara Ifran Khairi, buku nie dah lame saya beli tapi suka ulang-ulang membaca tulisan beliau,motivasi katanya :)

Dalam buku ni ditulis berkenaan golongan jutawan yang terdiri dari 5 kelompok (sumber dari Brian Tracy International)
...
1) 74% adalah pemilik perniagaan
2) 10% adalah golongan eksekutif senior yang memanjat tangga korporat
3) 10% ialah golongan profesional seperti doktor,peguam dll
4) 5% ialah jurujual berkomisen @ konsultan jualan
5) 1% ialah golongan-golongan lain.

Ini bermakna amat cerah peluang menjadi seorang jutawan melalui perniagaan. Rasulullah s.a.w bukan setakat meletakkan 74% malah 90% punca rezeki daripada perniagaan.

Sekadar berkongsi informasi. Betul buat bisnes boleh jadi jutawan tapi bisnes nie bukan petik jari je terus berjaya,terus laku brg yg kita jual..Banyak pengorbanan serta usaha yang perlu dibuat & dikeluarkan sebelum nak berjaya. Cer dengar cerita orang berjaya ade ke terus success,macam2 cabaran yg ditempuh baru berjaya kan..

Yang penting kena cari ilmu..Ya ilmu berniaga dan itulah sedang saya usahakan kini sbb orang kita sangat kurang ilmu berniaga.Nak bisnes semua nak bisnes tapi main buat je xde mentor,xde ilmu..Memang abis ke laut la semuanya!

Saya juga masih bertatih dlm dunia peniagaan ini. Doakan saya untuk terus kuat di sini & saya doakan anda semua terus sucess dalam apa jua bidang yang anda lakukan..Cayok2!

Ila
Tudung Shop The Orchid

Untuk pertanyaan produk : text/whatsapp 010-436 3234

Saturday, May 18, 2013

NIAT PON X BETUL CANE?

NIAT PON X BETUL CANE?

Salam Sabtu semua..

Bestnya arini ! Waktu rehat untuk yg bekerja. Dapatla tidur lama sikit, x payah fikir nak redah jem pepagi & bebagai lagi kerenah2 manusia yang masing2 nak cepat,kejar masa katanya takut sampai lambat kt opis nanti punch card merah kan..

Hari-hari rutin harian Isnin hingga Jumaat same je..Pagi redah jem,masuk opis email beratus x baca,fail bertimbun,fo...llow up case 1 fail penuh,meeting mcm2 meeting kena attend,macam2la,balik jem lagi..So dalam masa tersepit & stress tgh2 jem tu sure sempat berangan ''kan best kalo jadi kaya, xyah nak hadap jem nie hari2''..Pernah x kita fikir macam tu? Sure penah kan..hehe

Saya tertarik dengan kata-kata seorang mentor yg sangat saya kagumi semasa pertama kali menghadiri seminar beliau. Kata beliau sape yang buat bisnes sebab nk kaya sila angkat tangan? Saya dengan semangatnya tangan angkat..Then dia kata siapa yang niat buat bisnes nak kaya dia x kan kaya..Nah kau..

See..first thing first is NIAT..Kena perbetulkan NIAT kita..Jadi haritu saya belajar sesuatu yang baru iaitu NIAT @ NAWAITU kita..Itu yang penting bila kita buat sesuatu,x kirala bisnes atau apa2 pon..Kalau sini betul InsyaAllah yang lain akan betul..HAPPY SATURDAY TO EVERYONE!

Ila
Tudung Shop The Orchid

The Orchid Shoppe

The Orchid Shoppe?

Kenapa Orchid?Kenapa tak bunga-bunga yang lain cm rose,kekwa or nama2 yang lebih komersial.

Time nk pilih nama, saya ade mintak pendapat suami dan adik tentang nama yang sesuai,daptla jugak beberapa nama termasukla orchid nie (adik sy yg plilih)..Tetiba rase cam klasik sangat name tu & terus teringat YA ORCHID...Salah satu bunga kegemaran arwah mak.

Dulu di tepi rumah ...kami ade 'rumah orkid' tau! Kat situ mcm2 jenis orkid yang mak tanam.Baka biasanya dapat dari jiran sebelah rumah kami yang memang kaki bunga jugak. Kadang-kadang ade jugk diaorang guna sistem barter kat situ . Arwah mak memang tangan sejuk,orkid pape yang di tanam InsyaAllah akan berbunga.Now, 'rumah orkid' masih ade lagi di tepi rumah kami, dijaga oleh adik tapi bunganya x semeriah masa arwah mak jaga. Tangan org muda kan!

So, nama Orchid tu sgt sentimental value pada saya & terus amik keputusan pakai nama tu.Actually nama pada label adalah ''The Orchid'' .

Pada yang berminat dengan tudung-tudung kami bole whatsapp ke 010-436 3234 begin_of_the_skype_highlighting 010-436 3234 FREE  end_of_the_skype_highlighting.

MENJAHIT??

MENJAHIT??

 Masa mula-mula saya start menjahit memang ramai kwn-kwn yg sangat tak percaya yang saya pilih untuk menjahit..Yang slalu saya dengar biar betul ko menjahit?reti ke?Tak pernah tgk ko jahit pon dulu??

Ya betul..memang dulu time study kt u memangla saya x reti menjahit langsung even nk pegang sebatang jarum pon memang x.Tapi saya pernah dengar ke baca (x ingat dah yg mane satu) kemahiran...
ni adalah metafizik cthnya mcm kalo ade family members or parents kita yang pandai menjahit or pandai memasak sebenarnya kita pon ade juga darah menjahit or memasak tu cuma kita je yg x nk asah bakat yg ada.Saya pon x pastila kesahihannya tapi try tgk susur galur kita tuh..Macam saya sendiri arwah mak memang pandai menjahit tapi sayangnya dulu2 x pernah sikit pon rase nk belajar menjahit masa arwah masih ada tapi saya rasa kalo arwah masih ada lagi tentu dia bangga sebab kedua-dua anak perempuannya dah pandai menjahit sekarang..Alfatihah tuk mak..

Ingat lagi masa dulu2,saya dan adik perempuan saya (adik beradik kami 2 laki,2 perempuan) selalu bergaduh2 manja sambil teka2 siapala antara kitaorg berdua yang akan ikut jejak mak pandai menjahit and comfirmla time tu dua-dua xnk & x minat langsung nk menjahit. Rupanya sekarang xtau camaner kitaorg berdua boleh kembali ke dunia jahitan nie..Cuma my sis lebih minat pada jahit manik,pearl (still dunia jahitan jgk)..Alhamdulillah kami masih menyambung legasi arwah mak iaitu MENJAHIT..Sangat bangga dengan arwah mak,sbb beliau belajar menjahit tanpa guru cuma berpandukan buku jahit yang mak beli,lama-lama dapatla jgk dia siapkan dari sehelai baju kurung hinggalah x terkira dah berapa helai.Sepanjang saya & adik yg perempuan tu bersekolah kami x pernah beli baju sekolah,semua mak yang buat sendiri untuk kami..Ermm rasa sebak jgk bila ingat kembali kisah-kisah lama kan..

Perjalanan kami masih jauh lagi dlm dunia jahitan yang sebenarnya baru bermula.Banyak lagi yang ingin kami terokai & pelajari. Bukan niat untuk bersaing dengan sesiapa tapi dengan sedikit ilmu yang ada kami ingin teruskan legasi DUNIA JAHITAN INI..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami..Ameen

Alfatihah tuk mak!Sayang mak dunia akhirat..

Ila